MANTAN MPP KUiTTHO 05/06

MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUITTHO SESI 05/06

Sunday, September 24, 2006

APA ISTIMEWANYA BULAN RAMADHAN????

Istimewanya??? mestilah bulan puasa. bulan paling mulia bagi umat IsLam. sO, di sini kami nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat beribadah kepadNnya..mase ni lah amik peluang lebih sikit berbanding dengan bulan yang lain untuk tambahkan amal ibadah. Bukan hanya kepadaNya sahaja malah kepada setiap HambaNya dengan banyak cara salah satunya bersedekah dan berkunjung-kunjungan antara satu sama lain..biler cerita tentang sedekah ni teringat kisah Rasulullah S.A.W..banyak kisahnya bulan puasa ni..bagi nak share cite tu boleh lah tulis di blog ni..share la ilmu sikit...

5 Comments:

  • At Monday, September 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, yang tafsirnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertakwa."

     
  • At Monday, September 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

    "Segala amalan anak Adam diletakkan pahalanya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku dan Aku memberikan pembalasan pahala kepadanya: Ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya lantaran Aku. Seorang yang berpuasa memperolehi dua kesenangan: Kesenangan di kala berbuka dan kesenangan di kala menemui Tuhannya. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi."

    SELAMAT BERPUASA SEMUA........................

     
  • At Wednesday, September 27, 2006, Anonymous Anonymous said…

    SEGENGGAM TABAH

    berkali arus dugaan tiba
    menakung sebak air mata
    NAMUn tak pernah pun tertitis
    bergugur derai di pipi

    TIDAK ditempa hidup sengsara
    suratan nasib yang melanda
    menongkah badai yang bergelora
    diredah bersendirian

    bagaikan camar pulang senja
    patah sayapnya tetap terbang jua
    sekadar secicip rezeki
    buat yang sedang rindu menanti

    segenggam tabah dipertahankan
    buat bekalan diperjalanan
    kau beban duka yang berdarah
    kau balut hati yang calar

    telah tertulis suratan nasibmu
    derita buatmu ada hikmahnya
    terlukis senyum dibibir lesu
    TAK siapa tahu HATIMU

    biarpun keruh air dihulur
    mungkinkah jernih dimuara
    biarpun jenuh hidup dipalu
    tapi bertemu dengannya

    dari saya untuk semua sempena bulan puasa ni-:)

     
  • At Wednesday, September 27, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Peguam Syarie menulis: Pelihara adab puasa elak ibadat terjejas


    Sikap boros tidak tepati kehendak Ramadan






    BERPUASA pada Ramadan adalah salah satu Rukun Islam wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukallaf.

    Namun, hakikatnya masih ramai umat Islam yang alpa dan lalai di sebalik kewajipan berpuasa ini. Sebahagian umat Islam menganggap puasa adalah ibadah ritual semata-mata, tidak mempunyai sebarang kepentingan atau faedah di dalam aspek lain.

    Sebahagian pula hanya berlapar dan dahaga, tetapi tidak menjaga batasan dan adab pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Golongan ini rugi kerana melakukan sesuatu tanpa mengetahui nilai yang hendak diketengahkan oleh Allah.

    Menjadi kelaziman pada Ramadan, umat Islam membeli juadah berbuka puasa. Ada yang membeli terlalu banyak makanan yang mungkin tidak dapat dimakan pada hari itu dan menyebabkan pembaziran. Kenapakah perkara sebegini masih berlaku?

    Perkara sebegini berlaku kerana umat Islam gagal mengekang hawa nafsu. Kemahuan kita untuk makan dan minum begitu tinggi lantas membeli banyak makanan dan minuman. Walhal ketika berbuka hanya sebahagian yang dapat kita nikmati kerana kekenyangan.

    Makan makanan yang banyak itu juga memberi kesan kepada ibadat kita pada malam hari. Oleh kerana begitu kenyang kita mungkin tidak berdaya untuk mengerjakan solat tarawih atau dilakukan dalam keadaan sambil lewa.

    Bagaimana pula dengan membaca al-Quran dan solat malam? Tentu amat berat bagi mereka melaksanakannya. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa Ramadan dan aku pula menganjurkan berdiri solat pada malamnya. Maka barang siapa yang berpuasa dan berdiri solat pada malam hari dengan penuh keimanan dan pengharapan akan keluarlah dosanya sebagaimana hari ia dilahirkan oleh ibunya."

    Masih ada juga restoran milik orang Islam yang dibuka pada siang hari Ramadan. Alasan yang diberikan ialah pelanggan mereka juga daripada kalangan bukan Islam. Persoalan di sini bukan berhubung kait dengan perniagaan tetapi sikap kita dalam menghormati kemuliaan Ramadan.

    Sebagai orang Islam kita seharusnya meletakkan agama di tempat yang paling tinggi dan tidak dikesampingkan kerana semata-mata ingin mengaut keuntungan. Sewajarnya kita menghormati dan menghidupkan Ramadan ini dengan menyucikan diri dan beribadah kepada-Nya bukan hanya mementingkan diri mengejar dunia.

    Lebih menyedihkan, seperti tahun sebelum ini, sudah ada iklan promosi Aidilfitri seperti jualan murah dan sebagainya, walhal umat Islam baru beberapa hari berpuasa. Lagu hari raya juga mula kedengaran bagi menggamit pengunjung untuk membeli-belah. Perkara sebegini amat menyedihkan kerana berpuasa yang juga Rukun Islam diketepikan begitu kerana mahu menyambut hari raya dengan meriah.

    Aidilfitri adalah hari kejayaan umat Islam dalam berpuasa. Sekiranya umat Islam sendiri tidak berjaya menghayati Ramadan adakah mereka ini berhak untuk mengiktiraf kejayaan mereka dan merayakan Aidilfitri?

    Sebenarnya puasa adalah latihan tahunan yang wajib kepada umat Islam menjalaninya selama satu bulan. Ia membina ketahanan dan disiplin diri yang kental. Ia kerana pada bila-bila masa umat Islam boleh makan dan minum dalam keadaan bersembunyi, tetapi mereka masih memilih untuk berpuasa kerana yakin kepada Allah.

    Dalam tempoh sebulan ini juga umat Islam bukan saja menahan lapar dan dahaga tetapi beberapa perkara lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak baik, menambahkan kesabaran dan sebagainya.

    Bagi perokok pula, sepanjang Ramadan mereka berjaya menghindari nikotin rokok pada waktu siang. Ia adalah kejayaan besar. Kejayaan ini akan bertambah cemerlang sekiranya perokok Islam ini berjaya meninggalkan terus tabiat merokok termasuk pada malam. Seterusnya apabila Syawal menjelma mereka berhak berbangga dengan ketekunan meninggalkan tabiat buruk itu dan ia berterusan sehingga ke akhir hayat.

    Banyak kajian mendapati rokok membawa mudarat kepada perokok dan orang sekelilingnya. Tidakkah cukup dengan hasil kajian ini bagi menginsafkan perokok supaya berhenti merokok?

    Sempena bulan mulia ini tingkatkan azam supaya dapat berhenti merokok. Ketagihan merokok akan dapat ditawarkan sekiranya kita mempunyai kemahuan kuat untuk berhenti merokok.

    Ramadan adalah bulan rahmat, keampunan serta penuh dengan keberkatan. Umat Islam perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara sepanjang bulan mulia ini.

    Umat Islam mesti sedar bahawa Ramadan bukan saja bulan untuk berpuasa, malah tuntuk melipatgandakan ibadat lain seperti sembahyang sunat, membaca al-Quran, memperbanyakkan doa, menderma dan menolong orang susah. Ganjaran pahala yang Allah janjikan adalah berlipat kali ganda berbanding ibadat sama yang dilakukan pada bulan lain.

    Ramadan juga mendidik manusia supaya bangun awal untuk bersahur. Latihan ini amat sukar dilakukan pada bulan lain. Ambillah kesempatan daripada bangun sahur ini dengan menambahkan ibadat dan doa sebelum bersahur, manakala berbuka pula, biarlah makanan yang sekadar diperlukan saja dan tidak berlebih lebihan.

    Selain membentuk sahsiah diri dan kerohanian orang Islam, berpuasa memberi manfaat dari segi kesihatan.

    Selalunya umat Islam hanya mengambil ajaran Islam itu dari aspek literal tanpa mengkaji falsafah kenapa sesuatu itu diwajibkan atau dilarang dalam Islam. Tiba masanya umat Islam berfikiran proaktif dalam menilai sesuatu ajaran Islam.

    Dengan cara ini akidah umat Islam akan lebih kental dan nescaya kekuatan iman akan menyusul.

    Artikel ini dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

    Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada admin@pgsm.org.my, faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2

     
  • At Wednesday, September 27, 2006, Anonymous Anonymous said…

    KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
    > > Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:
    > >
    > > Malam 1:
    > >
    > > Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
    > >
    > > Malam 2:
    > >
    > > Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
    > >
    > > Malam 3:
    > >
    > > Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
    > >
    > > Malam 4:
    > >
    > > Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
    > >
    > > Malam 5:
    > >
    > > Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
    > >
    > > Malam 6:
    > >
    > > Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
    > >
    > > Malam 7:
    > >
    > > Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
    > >
    > > Malam 8:
    > >
    > > Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
    > >
    > > Malam 9:
    > >
    > > Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
    > >
    > > Malam 10:
    > >
    > > Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
    > >
    > > Malam 11:
    > >
    > > Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
    > >
    > > Malam 12:
    > >
    > > Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
    > >
    > > Malam 13:
    > >
    > > Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
    > >
    > > Malam 14:
    > >
    > > Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
    > >
    > > Malam 15:
    > >
    > > Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
    > >
    > > Malam 16:
    > >
    > > Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
    > >
    > > Malam 17:
    > >
    > > Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
    > >
    > > Malam 18:
    > >
    > > Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
    > >
    > > Malam 19:
    > >
    > > Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
    > >
    > > Malam 20:
    > >
    > > Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
    > >
    > > Malam 21:
    > >
    > > Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
    > >
    > > Malam 22:
    > >
    > > Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
    > >
    > > Malam 23:
    > >
    > > Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
    > >
    > > Malam 24:
    > >
    > > Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
    > >
    > > Malam 25:
    > >
    > > Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
    > >
    > > Malam 26:
    > >
    > > Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
    > >
    > > Malam 27:
    > >
    > > Allah kurniakan orang bertarawih

     

Post a Comment

<< Home