MPP & JDS KE UTARA
DELEGASI KE USM, UUM DAN KUKUM.
Lawatan 4 hari 3 malam ini telah berlangsung pada 3-6 Ogos yang lalu. Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan sebenar keadaan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di Universiti lain untuk dibawa pulang sebagai input berguna demi kebajikan mahasiswa/i KUiTTHO khususnya. Segala maklumat yang dikongsi bersama melalui dialog antara pemimpin dapat menjana keputusan terbaik untuk dipertimbangkan dan dipraktikkan demi pembangunan kebajikan dan sahsiah mahasiswa/i. Antara isu yang dibangkitkan semasa delegasi KUiTTHO ke utara ini adalah seperti berikut:
1) Isu mahasiswa/i yang lesu.
2) Isu kebajikan mahasiswa/i.
3) Isu sahsial dan sosial mahasiswa/i.
Semoga lawatan ini, dapat membuka minda baru buat pemimpin mahasiswa/i dalam menangani permasalahan isu di Universiti.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home