DELEGASI KE PANTAI TIMUR
KE UDM DAN PESTA KONVO KUKTEM
Program bermula pada 12-13 Ogos yang lalu dimana kami bersama rakan exco sampai di destinasi pertama di Universiti Darul Iman. Tujuan lawatan diadakan untuk melihat sejauh mana suasana dan keadaan persekitaran Universiti ini setelah di tabalkan sebagai IPTA ke 18 di Malaysia. Perbincangan dan dialog diadakan bagi memperincikan masalah dan isu yang berbangkit di kalangan mahasiswa di Universiti masing-masing dan bersama-sama berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik. Alhamdulillah perancangan yang dibuat berjalan lancar dan objektif dapat dicapai untuk diaplikasikan di Universiti masing-masing.
Tambahan lagi kami sempat singgah ke Pesta Konvokesyen KUKTEM yang diadakan di Mega Mall Kuantan. Suasana agak meriah kerana tempatnya yang agak strategik. Untuk makluman, KUiTTHO telah menghantar 4 pasukan dalam pertandingan mereka cipta rekabentuk dan inovasi yang dianjurkan sekretariat Pesta Konvokesyen KUKTEM pada waktu itu. Melalui lawatan ini, sedikit sebanyak dapat memberi sedikit input berguna sepanjang persiapan Pesta Konvokesyen KUiTTHO tidak lama lagi ( 9 hingga 11 Ogos 2006)
PENGGERAK AGENDA MAHASISWA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home