Saturday, February 18, 2006
YDP
MOKHZAL BIN OSMAN
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM (BANGUNAN)
TELUK INTAN,PERAK
6 OKTOBER
Pilihanraya
Pemilihan MPP KUiTTHO sesi 2005/2006 menyaksikan sebanyak 25 kawasan dipertandingkan yang terdiri daripada 8 kawasan Umum dan 17 kawasan Fakulti. Setelah tamat masa pencalonan perwakilan, sebanyak 9 kawasan iaitu kawasan Ijazah dan Diploma Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, kawasam Ijazah dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta kawasan Diploma Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding. Manakala kawasan Diploma Fakulti Kejuruteraan Elektik dan Elektronik tiada sebarang pencalonan. Pemilihan MPP kali inimencatatkan sejarah yang tersendiri kerana buat julung-julung kalinya pemilihan secara e-voting sepenuhnya dijalankan. Keputusan Pemilihan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan iaitu Y.Bhg. Prof. Ismail bin Hasan pada jam 6.00 petang. Kejayaan pelaksanaan pemilihan secara e-voting telah menolak pelbagai spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini yang mengatakan kononnya sistem e-voting tidak telus dan kurang cekap.
Watikah
WATIKAH PERLANTIKAN MPP 05/06
Bertempat di bangunan F2 bawah, pada 26 Oktober 2005, satu Majlis Berbuka Puasa bersempena dengan Watikah Perlantikan Barisan MPP bari sesi 2005/2006 bersama Sekretariat Convair’05 KUiTTHO diadakan. Majlis ini dihadiri semua pegawai yang terdiri daripada Rektor KUiTTHO sendiri serta ke semua pegawai kanan dan pegawai universiti. Majlis ini dimulai dengan Majlis Berbuka Puasa terlebih dahulu dan diikuti dengan Solat Maghrib dan Solat Tarawih di Masjid KUiTTHO.
Majlis disambung semula dengan ucapan ayahanda Rektor sendiri diikuti dengan mantan YDP MPP bagi sesi 2004/2005 dan dituruti dengan ucapan wakil daripada barisan MPP baru bagi sesi 2005/2006. Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan bagi sesi 2005/2006 dilaksanakan oleh ayahanda Rektor sendiri. Melalui perlantikan ini, jawatan Yang Dipertua disandang oleh Sdr. Mokhzal B. Osman (FKAAS) dan Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Sdr. Hasbullah B. Mohammad. Bukan itu sahaja, malah melalui perlantikan ini juga terdapat di bawah kepimpinan mereka ini 1 jawatan Setiausaha, 1 Bendahari dan selebihnya dipecahkan kepada 8 jabatan. Antara jabatan-jabatan yang wujud ialah Jabatan Kebajikan dan Kediaman, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan, Jabatan Rundingan dan Pengaduan Awam, Jabatan Akademik dan Pendidikan, Jabatan Informasi dan Penerbitan, Jabatan Etika dan Sahsiah, Jabatan Sukan dan Rekreasi dan Jabatan Integrasi dan Perhubungan.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh barisan MPP baru bagi sesi 2005/2006. Walaupun yang lama sudah berganti baru, namun mantan-mantan MPP bagi sesi 2004/2005 terbukti tidak dilupakan apabila majlis diakhiri dengan slot penyerahan sijil penghargaan dan sedikit cenderahati dari pihak Universiti diatas jasa dan kerjasama mereka sepanjang memegang tanggungjawab yang diberikan. Semoga melalui majlis yang diadakan ini, dapat menaikkan semangat serta memberi serba-sedikit kekuatan dari segi sokongan dan galakan untuk barisan pemimpin baru meneruskan perjuangan mantan-mantan MPP yang lama. Semoga segala yang baik itu dapat diteruskan dan diamalkan manakala yang buruk itu dapat dielakkan serta dijadikan sebagai pengajaran. Amin.