MANTAN MPP KUiTTHO 05/06

MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUITTHO SESI 05/06

Saturday, February 18, 2006

Pilihanraya

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 05/o6


Tanggal 29 September 2005 merupakan hari yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi semua IPTA di Malaysia bagi melaksanakan Pemilihan MPP Universiti masing-masing. Tarikh 26 September 2005 merupakan hari penamaan perwakilan di KUiTTHO yang menandakan bermulalah kempen bagi perwakilan yang layak bertanding. Suasana di sekitar kampus berubah wajah dan ceria dengan penggantungan poster-poster perwakilan yang bertanding. Walaupun pertandingan antara calon-calon bertanding begitusengit, namun semangat kekeluargaan sesama mahasiswa dan persaingan yang sihat sentiasa diutamakan. Di kesempatan inilah semua perwakilan yang layak bertanding mengambil peluang untuk berkempen dengan cara menonjolkan diri dan kewibawaan masing-masing melalui ceramah-ceramah di khalayak ramai agar lebih dikenali oleh para mahasiswa/i.Bukan itu sahaja, malah mereka juga diberi peluang untuk menyampaikan segala hasrat dan iltizam masing-masing sekiranya terpilih menjadi MPP.

Pemilihan MPP KUiTTHO sesi 2005/2006 menyaksikan sebanyak 25 kawasan dipertandingkan yang terdiri daripada 8 kawasan Umum dan 17 kawasan Fakulti. Setelah tamat masa pencalonan perwakilan, sebanyak 9 kawasan iaitu kawasan Ijazah dan Diploma Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, kawasam Ijazah dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta kawasan Diploma Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding. Manakala kawasan Diploma Fakulti Kejuruteraan Elektik dan Elektronik tiada sebarang pencalonan. Pemilihan MPP kali inimencatatkan sejarah yang tersendiri kerana buat julung-julung kalinya pemilihan secara e-voting sepenuhnya dijalankan. Keputusan Pemilihan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan iaitu Y.Bhg. Prof. Ismail bin Hasan pada jam 6.00 petang. Kejayaan pelaksanaan pemilihan secara e-voting telah menolak pelbagai spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini yang mengatakan kononnya sistem e-voting tidak telus dan kurang cekap.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home