MANTAN MPP KUiTTHO 05/06

MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUITTHO SESI 05/06

Saturday, February 18, 2006

Watikah

WATIKAH PERLANTIKAN MPP 05/06



Bertempat di bangunan F2 bawah, pada 26 Oktober 2005, satu Majlis Berbuka Puasa bersempena dengan Watikah Perlantikan Barisan MPP bari sesi 2005/2006 bersama Sekretariat Convair’05 KUiTTHO diadakan. Majlis ini dihadiri semua pegawai yang terdiri daripada Rektor KUiTTHO sendiri serta ke semua pegawai kanan dan pegawai universiti. Majlis ini dimulai dengan Majlis Berbuka Puasa terlebih dahulu dan diikuti dengan Solat Maghrib dan Solat Tarawih di Masjid KUiTTHO.


Majlis disambung semula dengan ucapan ayahanda Rektor sendiri diikuti dengan mantan YDP MPP bagi sesi 2004/2005 dan dituruti dengan ucapan wakil daripada barisan MPP baru bagi sesi 2005/2006. Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan bagi sesi 2005/2006 dilaksanakan oleh ayahanda Rektor sendiri. Melalui perlantikan ini, jawatan Yang Dipertua disandang oleh Sdr. Mokhzal B. Osman (FKAAS) dan Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Sdr. Hasbullah B. Mohammad. Bukan itu sahaja, malah melalui perlantikan ini juga terdapat di bawah kepimpinan mereka ini 1 jawatan Setiausaha, 1 Bendahari dan selebihnya dipecahkan kepada 8 jabatan. Antara jabatan-jabatan yang wujud ialah Jabatan Kebajikan dan Kediaman, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan, Jabatan Rundingan dan Pengaduan Awam, Jabatan Akademik dan Pendidikan, Jabatan Informasi dan Penerbitan, Jabatan Etika dan Sahsiah, Jabatan Sukan dan Rekreasi dan Jabatan Integrasi dan Perhubungan.


Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh barisan MPP baru bagi sesi 2005/2006. Walaupun yang lama sudah berganti baru, namun mantan-mantan MPP bagi sesi 2004/2005 terbukti tidak dilupakan apabila majlis diakhiri dengan slot penyerahan sijil penghargaan dan sedikit cenderahati dari pihak Universiti diatas jasa dan kerjasama mereka sepanjang memegang tanggungjawab yang diberikan. Semoga melalui majlis yang diadakan ini, dapat menaikkan semangat serta memberi serba-sedikit kekuatan dari segi sokongan dan galakan untuk barisan pemimpin baru meneruskan perjuangan mantan-mantan MPP yang lama. Semoga segala yang baik itu dapat diteruskan dan diamalkan manakala yang buruk itu dapat dielakkan serta dijadikan sebagai pengajaran. Amin.

8 Comments:

  • At Wednesday, May 03, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Logo MPP tidak melambangkan atau memberi ilustrasi yang menunjukkan MPP sebagai badan universiti penting yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, dinamik dan efektif. Malah, ia lebih kepada lambangan cyber hiburan, multimedia ataupun telekomunikasi! kesimpulannya, ia agak kurang kreatif.

     
  • At Wednesday, May 03, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Saya mendapati seorang wakil siswi di MPP kurang waras tingkah lakunya! Dia sangat tidak sesuai untuk menjadi wakil pelajar ataupun berada di dalam MPP! Dia tidak bertoleransi dan cuba memahami keadaan orang lain. Seperti yang saya perhatikan selama ini, dia menganggapkan bahawa dialah mempunyai kuasa yang "lain" daripada pelajar yang lain. Dia juga menunjukkan sifat tidak menghormati senior! saya berharap agar pihak MPP akan mengambil tindakan yang selanjutnya dengan segera supaya tidak menghilangkan kepercayaan pelajar terhadap kebolehan dan kepimpinan MPP.

     
  • At Monday, July 24, 2006, Anonymous Anonymous said…

    saya harapkan siapa yg berkenaan membuat statement seperti di atas membuat kenyataan siapakah 'wakil siswi' yg dimaksudkan....
    kalian boleh berkata macam2...kalian cuba berada di tempat sebagai seorang MPP...pahit maung hidup sebagai seorang MPP...jika kalian rasa diriboleh jadi yg terbaik berbanding 'wakil siswi' yg dimaksudkan..silalah bertanding...jadilah sebagai wakil suara mahasiswa..bukanlah hanya membuat ulasan di sana-sini....

     
  • At Wednesday, August 02, 2006, Anonymous Anonymous said…

    kite pakat baik² blake deh..
    amnusie blake..kalu dok wak saloh bukang namenye manusie.. siang ke ye..uhuk².. kerjesame tu peting dalam organisasi..jgn bsikap wahi tuding jari.. salohkan org lain..kalu rase bajet bagus, bajet terer try ahh ke depan.. time mpp wat psidangan mung sme dok gi..time ni mule la nok komplen.. kite kang orang pandai..pikir r baik buruk

     
  • At Thursday, August 03, 2006, Anonymous Anonymous said…

    yup ..benar pendapat tu..time kasih kepada penyokong dan jentera kami..anda sahaja lah yang tahu keperitan dalam menaungi kebajikan mahasiswa/i.tak semua apa yang diperjuangkan dapat diperolehi sekelip mata..betul kalo tak percaya tryla jadi pemimpin pelajar...cukup la sekadar menjadi pemimpin diri sendiri

     
  • At Thursday, August 03, 2006, Anonymous Anonymous said…

    hmm..betul tu kami ni pun pemimpin kelab penah rase apa yang dirancang tak menjadi..tapi dari situ kami belajar satu perkara agar tak mengulangi kesilapan yang sama...ni yang memotivasikan kaMI agar sentiasa bersemangat dari semasa ke semasa

     
  • At Thursday, August 03, 2006, Anonymous Anonymous said…

    mmm logo tu kiter pandang pade hasil kerje la erk..tak per yang penting kiter terima pendapat tu sebagai jalan kebaikan..di masa akan datang moga dapat idea yg lebih kreatif

     
  • At Monday, August 14, 2006, Anonymous Anonymous said…

    adik2 mpp, saya senior kamu yg da grade

    dlm sejarah MPP, saya rase la batch kamu la MPP yg paling tak power dlm sejarah KUiTTHO. saya cadangankan adik2 belajar jadi majlis tetinggi kelab dan belajar jd pengarah program dulu sblum pgg jawatan dlm MPP. igt, MPP bukan stakat join TOT jadi fasilitator.

    senior MPP.

     

Post a Comment

<< Home