MANTAN MPP KUiTTHO 05/06

MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUITTHO SESI 05/06

Tuesday, January 23, 2007

Tahniah Yg. Bhg. Rektor KUiTTHO Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar



Tahiah diucapkan kepada Yg. Bhg. Rektor KUiTTHO Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar atas pengurniaan Bintang Dato' Setia DiRaja Kedah D.S.D.K yang membawa gelaran Dato semasa hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Kedah pada 21/01/07.
Dato' Setia DiRaja Kedah D.S.D.K
Darjah Pangkat Kedua kepada Darjah Yang Mulia Seri Setia. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang telah banyak membuat jasa cemerlang kepada negeri dan negara dengan penuh rasa tanggungjawab dan mempunyai pengaruh yang luas serta bertaraf tinggi. Pengurniaan ini terhad kepada 150 orang sahaja. Bagi pegawai-pegawai kerajaan, darjah ini sesuai bagi mereka dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya

Sunday, January 21, 2007

Keadaan banjir di KUiTTHO

Keadaan di KUiTTHO pada minggu lepas. Keadaan agak teruk di pintu masuk utama KUiTTHO yang ditenggelami air sedalam hampir 1 meter. Cuti telah diumumkan pada hari khamis lalu iaitu dari 19/1/07 sehingga 28/1/07..

Saturday, January 20, 2007

PERHATIAN !!!!!

untuk perhatian semua warga KUiTTHO...blog ini hanya untuk mantan MPP sahaja dan tidak ade kaitan dengan MPP 06/07...MPP 06/07 akan melancarkan web site MPP yang rasmi pada semester ini...segala persoalan dan pertanyaan sila berhubung dengan MPP 06/07 sahaja...harap semua boleh ambil perhatian dan tindakan...

www.kuittho.edu.my/mpp

MOHD ELIAS B MOHD HARON
Mantan MPP 05/06
JABATAN INFORMASI DAN PENERBITAN