MANTAN MPP KUiTTHO 05/06

MANTAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUITTHO SESI 05/06

Friday, July 28, 2006

LAWATAN KE PARLIMEN, KPT DAN PTPTN


Pada 17 Julai 2006 seramai 25 orang MPP KUiTTHO bersama-sama dengan 13 pelajar baru KUiTTHO pergi ke Parlimen Malaysia, pejabat PTPTN dan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lawatan sehari itu banyak dihabiskan dengan sesi dialog bersama Setiausaha Parlimen KPT Dato Dr Adham Baba dan pegawai kanan dari PTPTN. Banyak input yang baru diperolehi seperti tarikh jangkaan pinjaman PTPTN akan diperolehi dan sebagainya..Lawatan ini juga berjaya mencapai objektifnya.....
sekian

SLOT MPP KETIKA MHS



Dialog Mahasiswa MPPKUiTTHO bersama Mahasiswa/i baru. Antara isu yang hangat diutarakan adalah seperti berikut:
a) Isu Pengangkutan di KUiTTHO.
b) Isu Aktiviti/Program MPP.
c) Isu Perkhidmatan Wayarles.
d) Isu Kemudahan Fasiliti dan Perkhidmatan di Desasiswa.
Segala masalah dan perbincangan diketengahkan bagi mencari penyelesaian dan seterusnya melaksanakan tindakan seterusnya.Terima kasih di atas pendapat dan kerjasama yang diberikan.

MINGGU HALUAN SISWA




Aksi AJK pelaksana dan JDS sepanjang Minggu Haluan Siswa, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Selamat datang di ucapkan kepada semua pelajar baru kuittho yang telah mendaftar pada 2/7/06 di dewan peperiksaan F2. Kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar KUiTTHO (MPPKUiTTHO) mengucapkan selamat datang dan selamat menempuh hidup baru di Parit Raja Batu Pahat Johor. Kami harap semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di KUiTTHO. sekiranya terdapat masalah sila berhubung dengan sesiapa sahaja ahli MPPKUiTTHO yang ada. kami sedia untuk membantu anda pada bila-bila masa sahaja....sekian wassalam-hanya berita sampingan.
"PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"


SEMINAR KERJAYA


Seminar Kerjaya anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Johor.- hanya berita sampingan-

BTN MPP SELURUH IPTA



BTN khusus kepada Majlis Perwakilan Pelajar seluruh Universiti Pengajian Tinggi di Malaysia.

SEMINAR PENGURUSAN ORGANISASI



SPO ( Seminar Pengurusan Organisasi) merupakan seminar anjuran Hal Ehwal Pelajar hasil kerjasama MPP KUiTTHO dan Kelab-Kelab yang wujud di KUiTTHO bagi penyelarasan format baru dalam menganjurkan sesuatu program.-hanya berita sampingan-

MALAM ANUGERAH PELAJAR




Malam Anugerah Pelajar anjuran Hal Ehwal Pelajar KUiTTHO, tahniah kepada yang berjaya menerima anugerah.-hanya berita sampingan-

DI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR





Kursus Pemantapan Jati Diri di Kolej Matrikulasi Johor anjuran Hal Ehwal Pelajar KuiTTHO atas kerjasama bersama MPP KUiTTHO dan Mahasiswa/i KUiTTHO. Terima Kasih atas Kerjasama mahasiswa/i KUiTTHO.

TOT



TOT (training Of trainers) diadakan sebagai persediaan sebelum Mahasiswa/i KUiTTHO layak digelar sebagai Fasilitator di Kolej Matrikulasi Johor. Terima kasih kepada mereka yang berhempas pulas menjayakan program ini. Jasa anda tidak ternilai.

JEMPUTAN KELAB KEJURUTERAAN AWAM


Program Sense di Kedah merupakan Program anjuran Kelab Kejuruteraan Awam. Terima kasih atas jemputan yang diberi. Secara keseluruhannya program ini merupakan salah satu program yang perlu berterusan sebagai salah satu langkah menabur bakti kepada masyarakat. Tahniah kepada Kelab Kejuruteraan Awam khususnya kepada AJK pelaksana bagi program tersebut.

PEMIKIRAN DATO' ONN




Program Pemikiran Dato' Onn merupakan salah satu program hasil dari kerjasama Belia 4B, UMNO, HEP KUiTTHO dan MPP KUiTTHO sebagai salah satu cara mengingati perjuangan tokoh negara. Turut hadir bersama mahasiswa/i KUiTTHO sendiri, mahasiswa UTM, Puteri /Pemuda UMNO, Belia 4B dan Pelajar Klinik Jururawat. Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini.

Sunday, July 23, 2006

DELEGASI DARI JEPUN

Pada 25 November 2005 sebanyak 9 buah bas yang dipenuhi 275 pelajar, 17 jurulatih dari Yamamoto Gakuen High Scholl, jepun tiba di KUiTTHO. tujuan mereka ini adalah untuk memenuhi masa lawatan keluar negara yang sudahpun menjadi satu kewajipan mereka pada setiap tahun. -hanya berita sampingan aktiviti di KUiTTHO-

Monday, July 10, 2006

SKT MPP



SASARAN KERJA TAHUNAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 05/06